Beautiful Leaves


Pages

Sunday, 25 December 2011

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.

Pengenalan KBKK.
 
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Prof.Jack Zevin (Queen’s College,  New York, USA) telah memperkenalkan satu model KBKK. Model yang diperkenalkan ini telah mengkelaskan KBKK kepada  empat kategori utama :

     1. Pemikiran kritis.     2. Pemikiran kritis.     3. Penyelesaian masalah.     4. Membuat keputusan.

Definasi berfikir.

   Terdapat banyak definasi berfikir pernah dikeutarakan . Antaranya Beyer (1984), Fraenkel (1980) dan Meyer (1977).
   Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai :

   Proses penggunaan minda untuk mencari makna dan  pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea,
   membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran yang dialami.

Proses berfikir.
 
   Apabila timbul sesuatu soalan dan saya mencari jawapannya, saya sedang mengalami proses berfikir. Untuk mencari jawapan, saya
   menggunakan segala aspek yang terdapat dalam minda iaitu :

     -  apa yang saya tahu      ( pengetahuan )
     -  menyoal sendiri           ( kemahiran kognitif )
     -  menilai baik buruknya   ( sikap atau nilai )

   Dengan demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses kognitif dan sikap / nilai dalam minda individu.

Kelemahan dalam berfikir.

   -  Tiada gambaran
   -  Tidak tersususn
   -  Tiada idea
   -  sempit
   -  terburu-buru
   -  kecamuk
   -  konflik
   -  salah persepsi
   -  kabur

Pemikiran kreatif.
   Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti pelajar untuk mendapatkan idea - idea baru,
   banyak dan pelbagai.
 
Pemikiran kritis.
   Kategori ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan
   bermakna.

Umur dan keupayaan.
   Dr. Edward de Bono mendapati guru - guru dan ibu-bapa sering beranggapan bahawa kanak-kanak tidak mampu berfikir
   mengenai pelbagai perkara yang berbeza. Bagaimanapun setelah peluang diberi, mereka terperanjat dengan kebolehan
   kanak - kanak berfikir dan kemampuan mereka di luar batasan umur.



Tingkahlaku berfikir.

Anda ingin melakukan sesuatu :-
 a.  Ingin lakukan cara lama atau baru ?
 b.  Ingin lakukan lebih baik dari dahulu ?
 c.  Berapa lama untuk melakukannya ?
 d.  Bilakah ia harus disiapkan ?
 e.  Adakah orang lain akan membantu untuk melaksanakannya ?
 f.   Apakah akan terjadi selepas melakukannya ?
 g.  Apakah kebaikannya ?
 h.  Apakah keburukannya ?
 i.   Apakah manfaatnya ?
 j.   Adakah cara yang lebih mudah melakukannya ?
 k.   Apakah pilihan lain untuk tidak melakukannya ?
 l.    Apakah kesan jika tidak melakukannya ?
 m.  Apakah bahan dan alatannya ?
 n.   Adakah cara yang lebih cepat ?
 o.   Adakah cara yang lebih mudah ?
 p.   Adakah cara yang kurang kesilapan ?
 q.   Adakah cara kurang kekangan ?
 r.   Akah akan terjadi selepas melakukannya ?
 s.   Apakah hasil yang akan terjadi ?


Sikap yang perlu ke arah mencapai Kemahiran Berfikir.

   a.  Setiap orang perlu berfikir – setiap orang boleh berfikir.
   b.  Berfikir ialah kemahiran yang boleh dibentuk dan dibangunkan.
   c.  Anggap diri sendiri sebagai pemikir.
   d.  Yakinkan diri sendiri akan menjadi pemikir yang bertambah baik.
   e.  Berfikir memerlukan kemampuan yang deliberate.
   f.   Perkara yang sukar boleh diselesaikan dengan mudah.
   g.  Buat tindakan satu persatu.
   h.  Asingkan ego dari pemikiran . Pastikan objektif pemikiran dapat dicapai.
   i.   Kegunaan berfikir ialah bukan untuk betul pada setiap masa.
   j.   Selalu merendah diri – rasa bongkak adalah tanda pemikir yang lemah.



Membentuk kemahiran berfikir.
 
Contoh untuk beberapa ikhtibar supaya kita boleh berubah:

 a.  Saya mahu sedikit gam untuk mencantumkan dua keping kayu.

      Kita dibesarkan dengan pengalaman bahawa kayu dicantumkan dengan gam. Itulah cara paling mudah, paling murah dan
      paling kita sukai. Itulah cara yang ada yang kita ketahui. Atau itulah cara yang sering tertanam dalam minda kita.

 b.  Saya mahu beberapa cara untuk mencantumkan dua keping kayu.
    
      Kita boleh mengubah paradigma dan dogma dalam minda sendiri. Selalu tanamkan bahawa setiap satu perkara yang
      difikirkan mempunyai banyak pilihan lain untuk melakukannya. Ini melahirkan persepsi dan kemahiran berfikir yang baru.

Contoh lain :

 a.  Saya mahu paku untuk menggantung gambar ini ke dinding.
 b.  Saya mahu beberapa cara untuk menggantung gambar ini ke dinding.


Monday, 19 December 2011

Kemahiran Set Induksi (video)

Set induksi yang menarik dapat menarik perhatian murid, mengekalkan minat murid, mewujudkan motivasi, menstruktur dan membuat perkaitan dengan isi pelajaran. Set induksi yang menggunakan media pandang dengar untuk menarik perhatian adalah salah satu cara yang baik, kerana tempoh penumpuan perhatian murid adalah pendek, oleh itu teknik menggunakan media pandang dengar dapat mewujud dan mengekalkan minat murid dengan berkesan.

Berikut adalah contoh-contoh video yang menarik.

Kid's Song (Cartoon) Isi Pelajaran : Tentang Angkasa / Kata Nama / Alam Semula Jadi (BI)








Isi Pelajaran : Tentang nombor (BI)










Isi Pelajaran : Tentang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ( pergerakkan badan ), Kata kerja.(BM dan BI)









Isi Pelajaran

Isi Pengajaran : Tentang Masa --> Hari (BI)



Isi Pengajaran : Pendidikan Moral Tentang Sopan-Santun (BI)




Isi Pelajaran : Tentang Warna / Kata Nama (BM)



Isi Pelajaran: Tentang Nama Binatang (BM)



Isi Pelajaran tentang Huruf (BI)

Cara dan Langkah Membuat Refleksi dan Penilaian Kendiri

Berikut adalah satu senarai semak yang boleh digunakan untuk refleksi dan penilaian kendiri tentang pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Bahagian-bahagian Pengajaran
Tandakan (√)
di mana berkenaan
(A) Objektif Pelajaran
1)    Objektif pelajaran dinyatakan secara eksplisit.
2)    Objektif pelajaran mungkin boleh dicapai oleh kelas dalam masa yang ditetapkan.
3)    Saya sedar tentang objektif jangka masa panjang.

(B) Persediaan Perancangan
1)    Sukatan pelajaran, buku teks dan alat bantu mengajar telah dikaji dengan teliti sebelum pelajaran dirancangkan.
2)    Rancagan pelajaran sepenggal/seminggu berdasarkan (1) di atas telah dibuat.
3)    Langkah telah diambil untuk mengetahui nama pelajar-pelajar.  (pelan nama pelajar disediakan).
4)    Isi pelajaran telah disusun dengan rapi supaya perkembangannya berperingkat-peringkat.
5)    Perkembangan konsep-konsep juga berperingkat-peringakat.
6)    Penglibatan murid dalam pelajaran telah difikirkan dengan rapi
7)    Alat-alat bantu mengajar dipilih sesuai dengan objektif pelajaran.
8)    Cara mengguna alat telah difikirkan, (digantung, disangkut, dilekatkan, disandar atau diedarkan).
9)    Peralatan elektrik telah diuji dari segi kegunaan, panjang dawai, jenis dan saiz plag, keselamatan am dan kemahiran guru.
10) Cara mengedar dan mengumpul balik alat mengajar untuk menjimatkan masa







Bahagian-bahagian Pengajaran
Tandakan (√)
di mana berkenaan
(C) Penyampaian
1)    Pelajaran dimulakan dengan murid tidak ternanti-nanti.
2)    Set induksi mestilah menarik minat murid.
3)    Pelajaran telah berkembang dari selangkah ke selangkah dengan licin.
4)    Percakapan saya adalah jelas, tidak terlalu cepat dan boleh diikuti murid.
5)    Adakah saya mempunyai gerak-geri (tingkah laku yang mengganggu secara tidak sengaja) yang menghalang penyampaian pelajaran? ( Contoh : Terlalu banyak berjalan-jalan dan melambung-lambungkan kapur)
6)    Bahasa yang digunakan adalah tertib, terang dan sesuai dengan pencapaian bahasa kelas.
7)    Soalan-soalan dirancangkan dengan baik, ditaburkan ke seluruh kelas dan berkait rapat dengan matlamat pelajaran.
8)    Saya telah menguasai teknik menyoal dan dapat menghasilkan gerak balas yang optimum daripada pelajar.
9)    Saya berjaya menimbulkan disiplin intrinsik (lahir secara sendiri) di kalangan murid.
10) Jika saya bergantung kepada disiplin ekstrinsik (ganjaran/ hukuman), sejauh manakah gerak balas yang terhasil itu akan berkekalan ?
11)  Saya berjaya melibatkan pelajar secara aktif dalam pelajaran.
12)  Alat pengajaran digunakan dengan berjaya.
13)  Kerja luar darjah dikendalikan dengan baik dan sempurna.
14)  Masa telah digunakan denga baik dan pelajaran tidak meleret atau terlalu cepat.
15) Pelajaran ditutup dengan kemas mengikut prinsip-prinsip penyimpulan.


(D) Pencapaian Objektif
1)    Objektif pelajaran telah tercapai dengan jelas dan penuh bukti.






Bahagian-bahagian Pengajaran
Tandakan (√)
di mana berkenaan
(E)  Keyakinan dengan Sikap
1)    Saya dapat menilai dan mendiagnoskan diri sendiri serta sanggup mencadangkan beberapa rangka pemulihan bagi mengatasi kelemahan diri saya.
2)    Saya sanggup menerima segala teguran dan kritikan yang diberi secara membina.
3)    Saya mempunyai kepercayaan penuh terhadap diri sendiri semasa mengahadapi kelas.
4)    Ada bukti yang menunjukkan saya telah mencurahkan tenaga yang optimum untuk merancangkan pelajaran walaupun penyampaian saya belum kemas.
5)    Saya menunjukkan sikap kemanusiaan semasa berinteraksi dengan pelajar.
6)    Saya tidak terlalu bersandar kepada pujian daripada penyelia / rakan.
7)    Saya telah menunjukkan keupayaan mengkaji sesuatu masalah dan mengambil keputusan yang beralaskan logik.
8)    Saya dapat menyatakan falsafah penting yang menguasai pemikiran semasa memikirkan rancangan pelajaran.
9)    Strategi yang digunakan di dalam bilik darjah adalah sejajar dengan matlamat/ pengajaran.
10) Saya bersikap professional terhadap segala masalah pengelolaan kelas.



Setelah dikaji komponen-komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran,  saya akan sentiasa berusaha untuk menggunakan pendekatan atau strategi yang boleh meningkatkan pengajaran demi kepentingan pelajar.

Tuesday, 13 December 2011

Contoh penulisan refleksi dalam Folio Jurnal Refleksi


 Contoh penulisan refleksi dalam Folio Jurnal Refleksi 


Perkara Yang Boleh Saya Perbaiki
Saya dapati saya kurang perihatin terhadap merancang P&P dengan efektif. Kesannaya pelajar saya hanya bermain-main semasa saya mengajar. Saya ingin perbaiki penulisan rancangan mengajar.
Saya percaya tugas tugas guru adalah mesti membuatkan diri sendiri dan pelajar selalu berfikir dan fokus terhadap topik atau rumus yang diajar. Fahamkan konsep abstract dan boleh memberi inferens serta generalisasi pada topik yang diajar.

Bisikan hati/emosi/perasaan
Saya terpanggil untuk memberi gambaran kepada pelajar,bahawa saya juga adalah guru yang boleh membuat mereka suka subjek yang saya ajar.
Bolehkah saya sentiasa membaca,menambah ilmu, menyoal dan bersedia untuk mengajar konsep-konsep dan rumus-rumus dengan menarik jika saya sendiri tidak perihatin? Bolehkah saya sentiasa membuat generalisasi terhadap apa yang saya ajar?
Saya selalu buat silap semasa merancang. Merancang P&P memanglah satu perkara yang agak sukar. Bila ada idea, kena buat benda lain pula!. Kadang-kala guru pendamping ada rancangan untuk saya. Saya kenalah ikut pensyarah atau guru pendamping. Adakah guru lain berpendapat sama dengan saya? Idea saya nak merancang dengan baik selalu hilang. Saya percaya semua guru baru bagitu. Kadangkala saya rasa, saya juga seperti pelajar , nampak macam buat tetapi bila merancang, semua macam tidak kenalah! Saya perlu dibantu dan dinasihati oleh rakan, guru panatia, Guru Besar dan guru pendamping. 

Kefahaman baru/kesedaran
Saya sedar bahawa memahami semua rumus dan mengajarkannya dengan cara yang menarik dan berkesan adalah satu cabaran kepada saya. Saya sedar sifat buruk  dan sifat baik sering dating berulang dan inilah yang saya panggil cabaran pada diri saya sebagai guru sekolah. Saya banyak buat silap sebab saya anggap lekeh pada nasihat guru lain. Oleh itu, saya kurang meminta pertolongan daripada rakan sejawat. Sekarang saya sedar rakan sejawat adalah sumber yang banyak membantu. 

Cadangan
Saya bercadang akan berbincang dengan Sharifah mengenai teknik anologi dalam KBKK dan bagaimana teknik analogi diaplikasikan dalam P&P matematik.ini kerana teknik analogi merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam membantu pelajar lemah matematik untuk mengingati rumus dan konsep dengan cara lebih refleks. 

Tindakan
Saya akan merancang P&P Matematik dengan menggunakan teknik ini bersama Sharifah pad minggu hadapan kerana saya ingin memperbaiki strategi pengajaran saya dalam matapelajaran matematik. Saya akan memilih topik Set. Saya akan mengajar dan Sharifah akan berada di belakang kelas 4 Putih untuk menilai pengajaran saya. Selapas itu, saya akan berbincang dengannya untuk mendapatkan maklumbalas atau kami akan membawa perkara ini untuk perhatian pensyarah.

Sunday, 11 December 2011

Kemahiran Set Induksi

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws



Kemahiran set induksi merupakan salah satu kemahiran mikro pengajaran. Kemahiran ini merujuk kepada cara guru memulakan pelajaran. Guru juga perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid-murid supaya sedia belajar dan berfikir tentang apa yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah.
Bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut :

1. Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur.

2. Permulaan hendaklah berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.

3. Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.

Set induksi hendaklah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, menstruktur dan membuat kaitan, proses pengajaran dan pembelajaran murid akan lebih berkesan dan bermakna.Set induksi sangat penting, semasa kita menyediakan set induksi kita perlu tahu lebih mendalam tentang komponen-komponen utama dalam kemahiran set induksi seperti :

1. Menarik Perhatian. : Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah nada suara, menggunakan bahan bantu mengajar yang berwarna-warni, alat teknologi moden, kontrak mata, gerak isyarat dan mengubah interaksi antara guru dengan murid.

2. Mewujudkan Motivasi : Guru boleh memotivasikan murid-murid dengan mewujudkan unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankan, mengadakan aktiviti-aktiviti yang meneronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

3. Menstruktur : Dalam proses menstruktur pula, guru perlu memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, " kita akan cuba menamakan lima bahagian bunga raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti."


4. Membuat Perkaitan : Guru yang cuba membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid.akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Guru boleh menekankan pada perbandingan atau perbezaan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga dua sama boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu. Contoh-contoh lain yang berkaitan dengan pengalaman murid-murid ialah kereta Proton Iswara ialah satu subset bagi set seluruh kereta dan buah durian ialah satu subset bagi set seluruh buah-buahan.
Dengan memahami komponen-komponen set induksi, guru akan merancang set induksi yang lebih berkualiti dan menjalankan tugas pengajarannya dengan lebih berkesan dan bermakna.
Pada pengalaman saya, kesan kemahiran set induksi ke atas pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut :

1. Motovasi murid adalah tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.
2. Perhatian murid-murid terhadap pelajaran adalah lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.
3. Murid-murid akan berusaha ke arah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru. Ini memudahkan pengawalan kelas.
4. Pembelajaran adalah lebih bermakna serta menyeronokkan kerana berkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
5. Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
6. Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.seperti : murid dengan murid, murid dengan guru.

Friday, 9 December 2011

Tatabahsa Melalyu Tahun 3

layouts myspace


Nama :____________________________

1. Kerja _____ kain songket daripada benang emas memerlukan ketelitian dan kemahiran.
A. tenunan B. penenun C. ditenun D. menenun

2. Kerja-kerja menyiapkan jambatan yang ________ itu akan disambung kembali.
A. berhenti B. dihenti C. terhenti D. perhentian

3. Pemuda itu tidak suka _____ dengan sesiapa pun.
A. bergaul B. digaulkan C. pergaulan D. menggauli

4. Sudah lebih lima tahun Rahimah _______ di luar negeri.
A. menetapkan B. ditetapkan C. ketetapan D. menetap

5. Daripada lawatan itu kamu akan memperoleh _______ yang banyak .
A. pengetahuan B. berpengetahuan C. ketahuan D. mengetahui

6.Keadaan lalu lintas di bandar itu ________.
A. mengawal B. terkawal C. kawalan D. dikawal

7. Pasukan polis hutan berjaya ________ rusuhan itu.
A. dicegah B. mencegah C. pencegahan D. tercegah

8. " Cikgu Zahid __________ kamu ke biliknya," kata Lam kepada Ali.
A. suruhan B. menyuuruh C. disuruh D. bersuruh

9. Mak Cik Yam membeli seikat pucuk paku dan dua _______ petai di pasar tani itu.
A. pucuk B. keping C. papan D. untai

10. Pak Malim membawa ________ pukat dan ______ joran sewaktu ke laut.
A. serawan ....... sebentuk
B. sehelai.......... sebatang
C. sebidang....... sebuah
D. serawan ........ sebatang

11. Halimah menyiang ikan _________ adiknya memotong sayur di dapur.
A. lalu B. maka C. manakala D. serta

12. Setiap pagi, Sarjan Aziz menggilap kasutnya _______ berkilat.
A. untuk B. hingga C. selagi D. apabila

13. _______ yang hadir dalam majlis itu ?
A. Adakah B. Bilakah C. Mengapakah D. Siapakah

14. "____________ tuanku mengizinkan patik menyiasat punca kejadian itu ?" tanya Laksamana Indera.
A. Bilakah B. Adakah C. Bagaimanakah D. Siapakah

15. "Pokok-pokok bunga ini harus kamu siram selalu supaya ______," kata Aini kepada Lin.
A. sihat B. besar C. segar D. sembuh

16. Kisah sedih itu sudah _________ daripada ingatan saya.
A. bebas B. hanyut C. lenyap D. lupa

17. Kami berjaya memasuki pertandingan _____ pidato peringkat daerah.
A. awal B. besar C. akhir D. adil

18. Kejayaan budak miskin itu ke universiti telah _______ penduduk kampung.
A. membuka mulut B. membuka mata
C. membuka pintu D. membuka telinga

19. Dia seperti _________ dalam majlis itu kerana tiada sesiapa yang mahu berkawan dengannya.
A. kutu embun B. kucing kurap C. kuda kayu D. kera sumbang

20. Ravi berlari ______ apabila dikejar anjing.
A. lintang-pukang B. susup-sasap C. mundar-mandir D. bolak-balik

Tatabahsa Melalyu Tahun 3

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws


Nama :___________________ Kelas :_________________

1.Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.
a.meminta b.diminta c.permintaan d.mintalah

2.Mangsa-mangsa kemalangan itu________ rawatan pesakit luar.
a.melalui b.memasuki c.menjalani d.mengharungi

3.Seekor ikan paus_______ di pantai Merdeka.
a.terbaring b.tertiarap c.terperosok d.terdampar.

4.Ayah sudah_______ bayaran bil elektrik.
a.menegaskan b.menjelaskan c.melenyapkan d.mengeluarkan.

5.Ibu menyuapkan________ pulut ke mulut adik.
a.seketul b.sepinggan c.sekepal d.sebuku.

6.Hanya segelintir penduduk kampung yang mempunyai kereta lebih daripada_________ .
a.sebiji b.sebutir c.sebuah d.sepotong

7.Dia berasa_______ untuk menerima bantuan daripada orang yang tidak dikenalnya itu.
a.buta hati b.tawar hati c.besar hati d.berat hati.

8. Salwa meluahkan________ nya kepada kami sambil menangis.
a.patah hati b.isi hati c.khabar anggin d.titik peluh

9.Tan Meng tidak________ untuk meninggalkan adiknya seorang diri di situ.
a.mengambil berat b.mengambil hati c.sampai hati d.sampai hajat

10.Baju itu dibuat_________ sutera.
a.dari b.daripada c.dengan d.di

11.Orang kenamaan itu sedang beramah mesra_______ kanak-kanak cacat di majlis itu.
a.terhadap b.pada c.dengan d.bagi.

12.Puan Geeta ke dapur_______ menjerang air.
a.sambil b.lalu c.dan d.maka.

13.Encik Lim________ ke pejabat dengan basikal.
a.mundar-mandir b.lambat-laun c.lalu-lalang d.ulang-alik.

14.Encik Malik sedia berkhidmat________ tenaganya diperlukan.
a.walaupun b.sehingga c.selagi d.kerana.

15.''Wah,_________ betul cuaca hari ini!'' kata Rasli.
a.bersih b.nyaman c.cerah d.cantik.

16.Air tasik yang_______ itu berkocak apabila dilempari batu.
a.hening b.nyaman c.syahdu d.tenang

17.Majlis perasmian itu berjalan dengan_________ .
a.laju b.pantas c.lancar d.licin.

18.David sentiasa berfikir_________ sebelum melakukan sesuatu.
a.banyak b.panjang c.jauh d.lama.

19.Nenek menatap wajah kami_________ .
a.sedikit-sedikit b.lama-lama c.jelas-jelas d.kuat-kuat

20.Perbuatan________ di pusat beli-belah tidak berfaedah.
a.membeli-belah b.melihat-lihat c.merayau-rayau d.meninjau-ninjau.
________________________________________