Beautiful Leaves


Pages

Monday, 17 October 2011

Teknik Menyoalan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran Penyoalan :
       Kemahiran penyoalan merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks. Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap prestasi murid-murid akan meningkat dan suasana pengajaran-pembelajaran bertambah aktif dan lebih merangsangkan. Ia sangat penting dalam membantu murid mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Sebagai contoh : kaedah pembelajaran inkuiri, di mana murid sangat digalakkan memberi idea dan pendapat berbanding mendengar sahaja.
CONTOH LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYOALAN
Langkah 1 : Ajurkan soalan kepada seluruh kelas.
Prinsip-prinsip panduan :
Sebelum Menyoal :
Guru harus rancangkan jenis-jenis soalan yang akan dikemukakan kemudian susunkan soalan-soalan supaya pemikiran yang logis dapat diwujudkan. Selain itu, dalului penyoalan dengan isyarat / pemberitahuan peraturan menjawab. Seperti :
Contoh : Cikgu: Sila menengar soalan dengan teliti, kemudian angkat tangan anda sebelum menjawab soalan.

Semasa Menyoal:
Guru taburkan soalan kepada seluruh kelas, soalan perlu dinayatakan dengan tepat, ringkas, mudah difahami, sesuai dengan umur dan kebolehan murid yang berbeza di dalam kelas. Sebutkan soalan sekali sahaja untuk menarik perhatian murid-murid. (Pastikan suara adalah terang dan nada suara sedap didengar)
Soalan dikemukakan terlebih dahulu sebelum menyebut nama murid. Ini akan mendorong setiap murid memikirkan jawapan untuk soalan itu serta jangan menanya beberapa soalan pada masa yang sama.
Contoh : Apakah benda ini? Nyatakan kegunaannya?  Bagaimankah cara penggunaannya? Fikiran murid terganggu, murid-murid juga akan keliru yang mana soalan perlu jawab terlebih dahulu.

Selain daripada itu, guru juga pelu elakkan daripada mengemukan soalan yang membayangkan jawapan atau soalan retorik.
 Contoh : Dua kali satu ialah dua ; betulkah Bakar ? 
 Contoh : Semua faham ?

Selepas menyoal
Langkah 2 : Berikan masa berfikir yang sesuai
Masa hendaklah diberi kepada murid-murid untuk memikirkan jawapan. Ini bergantung kepada jenis dan tahap soalan. Murid berpeluang menjawab soalan, mereka akan lebih aktif dan bersemangat.
Contoh : Bagaimanakah haiwan melindingi dirinya ?

Langkah 3 : Pilih murid untuk menjawab.
Elakkan daripada menyoal mengikut susunan kedudukan murid, senarai nama murid. Pilih secara rawak. Guru digalakkan memanggilkan nama murid.

Cara penerimaan jawapan murid.
Langkah 4 : Beri respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan murid.
  •    Murid yang dapat memberikan jawapan yang tepat.
Guru seharusnya memberi pujian, seyuman atau anggukan hendaklah diberi ketika menerima jawapan suatu jawapan yang betul dan elakkan daripada mengulangi jawapan murid. Ini akan meyebabkan murid lain tidak mahu lagi memikirkan jawapan yang lebih baik. Guru cuba kaitkan semua jawapan dan idea yang betul untuk membantu murid membuat kesimpulan.
  • Murid yang tidak dapat menjawab soalan / kurang tepat.
Guru berikan respon atau reaksi tanpa mengadili jawapan murid jika ingin meneruskan perbincangan / soal-jawab berdasarkan soalan tersebut. Selain itu, kenal pasti bahagian yang betul, tanya lebih lanjut untuk mendapatkan penjelasan /minta jawapan alternatif dari murid lain.
Guru boleh berikan galakkan kepada murid, tukarkan bentuk soalan, berinya petua-petua. Jika terdapat murid yang kurang memberi perhatian kepada murid yang sedang menjawab, murid itu diminta mengulangi jawapan yang telah diberikan. Yang penting adalah elakkan daripada mentertawakan murid yang memberi jawapan yang salah.

Langkah 5 : Beri penekanan atau membuat ringkasan jawapan tepat/ yang boleh diterima.
Guru harus nyatakan semula tujuan atau soalan utama selepas sesi soal-jawab yang panjang diikuti dengan jawapan tepat atau yang boleh diterima dengan seboleh bolehnya menggunakan jawapan murid atau gunakan alat pandang dengar di mana sesuai. Penyoalan dengan tujuan mencungkil idea pada fasa permulaan pengajaran, langkah ini boleh diabaikan.

No comments:

Post a Comment