Beautiful Leaves


Pages

Monday, 19 December 2011

Cara dan Langkah Membuat Refleksi dan Penilaian Kendiri

Berikut adalah satu senarai semak yang boleh digunakan untuk refleksi dan penilaian kendiri tentang pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Bahagian-bahagian Pengajaran
Tandakan (√)
di mana berkenaan
(A) Objektif Pelajaran
1)    Objektif pelajaran dinyatakan secara eksplisit.
2)    Objektif pelajaran mungkin boleh dicapai oleh kelas dalam masa yang ditetapkan.
3)    Saya sedar tentang objektif jangka masa panjang.

(B) Persediaan Perancangan
1)    Sukatan pelajaran, buku teks dan alat bantu mengajar telah dikaji dengan teliti sebelum pelajaran dirancangkan.
2)    Rancagan pelajaran sepenggal/seminggu berdasarkan (1) di atas telah dibuat.
3)    Langkah telah diambil untuk mengetahui nama pelajar-pelajar.  (pelan nama pelajar disediakan).
4)    Isi pelajaran telah disusun dengan rapi supaya perkembangannya berperingkat-peringkat.
5)    Perkembangan konsep-konsep juga berperingkat-peringakat.
6)    Penglibatan murid dalam pelajaran telah difikirkan dengan rapi
7)    Alat-alat bantu mengajar dipilih sesuai dengan objektif pelajaran.
8)    Cara mengguna alat telah difikirkan, (digantung, disangkut, dilekatkan, disandar atau diedarkan).
9)    Peralatan elektrik telah diuji dari segi kegunaan, panjang dawai, jenis dan saiz plag, keselamatan am dan kemahiran guru.
10) Cara mengedar dan mengumpul balik alat mengajar untuk menjimatkan masa







Bahagian-bahagian Pengajaran
Tandakan (√)
di mana berkenaan
(C) Penyampaian
1)    Pelajaran dimulakan dengan murid tidak ternanti-nanti.
2)    Set induksi mestilah menarik minat murid.
3)    Pelajaran telah berkembang dari selangkah ke selangkah dengan licin.
4)    Percakapan saya adalah jelas, tidak terlalu cepat dan boleh diikuti murid.
5)    Adakah saya mempunyai gerak-geri (tingkah laku yang mengganggu secara tidak sengaja) yang menghalang penyampaian pelajaran? ( Contoh : Terlalu banyak berjalan-jalan dan melambung-lambungkan kapur)
6)    Bahasa yang digunakan adalah tertib, terang dan sesuai dengan pencapaian bahasa kelas.
7)    Soalan-soalan dirancangkan dengan baik, ditaburkan ke seluruh kelas dan berkait rapat dengan matlamat pelajaran.
8)    Saya telah menguasai teknik menyoal dan dapat menghasilkan gerak balas yang optimum daripada pelajar.
9)    Saya berjaya menimbulkan disiplin intrinsik (lahir secara sendiri) di kalangan murid.
10) Jika saya bergantung kepada disiplin ekstrinsik (ganjaran/ hukuman), sejauh manakah gerak balas yang terhasil itu akan berkekalan ?
11)  Saya berjaya melibatkan pelajar secara aktif dalam pelajaran.
12)  Alat pengajaran digunakan dengan berjaya.
13)  Kerja luar darjah dikendalikan dengan baik dan sempurna.
14)  Masa telah digunakan denga baik dan pelajaran tidak meleret atau terlalu cepat.
15) Pelajaran ditutup dengan kemas mengikut prinsip-prinsip penyimpulan.


(D) Pencapaian Objektif
1)    Objektif pelajaran telah tercapai dengan jelas dan penuh bukti.






Bahagian-bahagian Pengajaran
Tandakan (√)
di mana berkenaan
(E)  Keyakinan dengan Sikap
1)    Saya dapat menilai dan mendiagnoskan diri sendiri serta sanggup mencadangkan beberapa rangka pemulihan bagi mengatasi kelemahan diri saya.
2)    Saya sanggup menerima segala teguran dan kritikan yang diberi secara membina.
3)    Saya mempunyai kepercayaan penuh terhadap diri sendiri semasa mengahadapi kelas.
4)    Ada bukti yang menunjukkan saya telah mencurahkan tenaga yang optimum untuk merancangkan pelajaran walaupun penyampaian saya belum kemas.
5)    Saya menunjukkan sikap kemanusiaan semasa berinteraksi dengan pelajar.
6)    Saya tidak terlalu bersandar kepada pujian daripada penyelia / rakan.
7)    Saya telah menunjukkan keupayaan mengkaji sesuatu masalah dan mengambil keputusan yang beralaskan logik.
8)    Saya dapat menyatakan falsafah penting yang menguasai pemikiran semasa memikirkan rancangan pelajaran.
9)    Strategi yang digunakan di dalam bilik darjah adalah sejajar dengan matlamat/ pengajaran.
10) Saya bersikap professional terhadap segala masalah pengelolaan kelas.



Setelah dikaji komponen-komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran,  saya akan sentiasa berusaha untuk menggunakan pendekatan atau strategi yang boleh meningkatkan pengajaran demi kepentingan pelajar.

No comments:

Post a Comment