Beautiful Leaves


Pages

Sunday, 11 December 2011

Kemahiran Set Induksi

www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws



Kemahiran set induksi merupakan salah satu kemahiran mikro pengajaran. Kemahiran ini merujuk kepada cara guru memulakan pelajaran. Guru juga perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid-murid supaya sedia belajar dan berfikir tentang apa yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah.
Bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut :

1. Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur.

2. Permulaan hendaklah berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.

3. Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.

Set induksi hendaklah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, menstruktur dan membuat kaitan, proses pengajaran dan pembelajaran murid akan lebih berkesan dan bermakna.Set induksi sangat penting, semasa kita menyediakan set induksi kita perlu tahu lebih mendalam tentang komponen-komponen utama dalam kemahiran set induksi seperti :

1. Menarik Perhatian. : Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah nada suara, menggunakan bahan bantu mengajar yang berwarna-warni, alat teknologi moden, kontrak mata, gerak isyarat dan mengubah interaksi antara guru dengan murid.

2. Mewujudkan Motivasi : Guru boleh memotivasikan murid-murid dengan mewujudkan unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankan, mengadakan aktiviti-aktiviti yang meneronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.

3. Menstruktur : Dalam proses menstruktur pula, guru perlu memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, " kita akan cuba menamakan lima bahagian bunga raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti."


4. Membuat Perkaitan : Guru yang cuba membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid.akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Guru boleh menekankan pada perbandingan atau perbezaan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga dua sama boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu. Contoh-contoh lain yang berkaitan dengan pengalaman murid-murid ialah kereta Proton Iswara ialah satu subset bagi set seluruh kereta dan buah durian ialah satu subset bagi set seluruh buah-buahan.
Dengan memahami komponen-komponen set induksi, guru akan merancang set induksi yang lebih berkualiti dan menjalankan tugas pengajarannya dengan lebih berkesan dan bermakna.
Pada pengalaman saya, kesan kemahiran set induksi ke atas pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut :

1. Motovasi murid adalah tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.
2. Perhatian murid-murid terhadap pelajaran adalah lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.
3. Murid-murid akan berusaha ke arah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru. Ini memudahkan pengawalan kelas.
4. Pembelajaran adalah lebih bermakna serta menyeronokkan kerana berkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.
5. Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.
6. Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.seperti : murid dengan murid, murid dengan guru.

No comments:

Post a Comment